Berita Politik
'Saya perlukan sedikit masa' - Syed Saddiq tolak tawaran kembali jadi Presiden MUDA
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menolak tawaran untuk kembali memegang jawatan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) walaupun telah dibebaskan daripada pertuduhan rasuah.
Menurut laporan portal FMT, beliau memaklumkan kepada kepimpinan parti bahawa dirinya memerlukan lebih banyak masa sebelum membuat sebarang keputusan.
“Saya sudah memaklumkan kepada kepimpinan parti bahawa saya perlukan sedikit lagi masa.
“Saya mahu meluangkan masa bersama keluarga, fokus pada kerja di kawasan saya di Muar, dan meneruskan kutipan dana untuk keperluan penduduk tempatan.
“Saya sudah menyampaikan keputusan saya kepada kepimpinan parti, dan saya akan biarkan ia begitu sahaja,” katanya seperti dipetik portal itu.
Pada 26 Jun lalu, pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz, menawarkan semula jawatan presiden kepada Syed Saddiq. Beliau mengosongkan jawatan itu ketika perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya.
Syed Saddiq dibebaskan daripada empat pertuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, penyelewengan dana parti dan pengubahan wang haram selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan rayuannya.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan sabitan salah, hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta, dan dua sebatan rotan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
