Berita Politik
Ahmad Zahid sahkan tiada rundingan BN-GRS di sabah
SHAH ALAM 16 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada rundingan secara langsung melibatkan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Menurut Ahmad Zahid, setakat ini persetujuan hanya dimuktamadkan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru serta pertindihan kerusi.
“Yang telah dimuktamadkan adalah BN-PH. Kita menghormati PH-GRS. Tiada rundingan secara langsung di antara BN dengan GRS.
“Namun saya rasa kerana terlalu banyak parti-parti baharu di Sabah yang mahu menyertai PRN kali ini, sudah tentunya pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Mungkin hingga lapan penjuru. Itu terpulang kerana itu adalah landskap politik di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-Sispa) Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat gabungan besar PH-BN-GRS pada PRN Sabah disifatkan sukar dilaksanakan, selepas GRS dilaporkan menuntut sekurang-kurangnya 70 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Mengulas mengenai notis bantahan berhubung penerimaan ahli dari parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan perkara itu telah diputuskan Majlis Tertinggi UMNO.
“Kita telah nyatakan dari dahulu bahawa parti-parti di dalam komponen kerajaan perpaduan tidak seharusnya menerima mana-mana ahli daripada mana-mana parti untuk menyertai parti masing-masing.
“Ini harus dihormati dan merupakan konvensyen yang harus dijaga. (Sudah dihantar notis itu) ia sedang disediakan tetapi saya telah nyatakan secara verbal kepada presiden parti berkenaan,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
