Berita Politik
Anwar jumpa Zahid, Hajiji kukuhkan kerjasama politik demi kestabilan negara
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.
Anwar menyifatkan pertemuan tersebut sebagai lambang kematangan politik dan iltizam memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.
"Saya percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
"Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.
"Saya berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua," katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya.
Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi beberapa foto pertemuan dengan pemimpin daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
