TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Ada cubaan campur tangan menjelang tempoh akhir saya sebagai Ketua Hakim Negara ' - Tengku Maimun dedah ahli politik jadi ancaman terbesar kepada Perlembagaan

By
|
Kongsi
image

 

 

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menegaskan bahawa ahli politik merupakan ancaman paling besar terhadap keluhuran Perlembagaan Persekutuan, sambil menekankan Perdana Menteri tidak seharusnya terlibat dalam proses pelantikan kehakiman.

Dalam sesi soal jawab ketika menghadiri program di Allianz Centre for Governance (ACG) di ibu negara hari ini, beliau secara terbuka menyatakan kebimbangannya mengenai campur tangan politik.

“Ancaman paling besar adalah ahli politik. Maaf, saya fikir lebih baik saya tak huraikan dengan lanjut (berkenaannya),” katanya menurut laporan Malaysiakini. 

Walaupun cuba meredakan kenyataan itu dengan senyuman, Tengku Maimun mengakui terdapat perbezaan pengalaman ketika beliau berkhidmat di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan berbanding sewaktu memegang jawatan tertinggi kehakiman negara.

“Menjelang penghujung tempoh saya sebagai Ketua Hakim Negara, ada tanda-tanda cubaan campur tangan,” katanya tanpa menghuraikan lanjut mengenai pihak yang dimaksudkan.

+ - reset