Berita Berita
SJA kesal wartawan diganggu ketika liputan inkues kematian Zara Qairina

KOTA KINABALU 19 Ogos - Persatuan Wartawan Sabah (SJA) memandang serius isu gangguan terhadap petugas media yang membuat liputan berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, semalam.
Presiden SJA, Mariah Doksil, berkata pihaknya kesal dengan kehadiran individu tidak dikenali yang bukan wartawan berdaftar tetapi turut membuat ‘liputan’ serta penstriman langsung di kawasan sidang media.
Beliau mendedahkan dua wartawan wanita turut mengadu menjadi mangsa ‘sentuhan’ akibat kedudukan badan individu berkenaan yang terlalu rapat ketika sesi sidang media peguam berlangsung.
“SJA mengambil perhatian serius laporan berkaitan gangguan semasa sidang media inkues kes Zara di mahkamah baru-baru ini. Terdapat individu yang tidak dikenali dan bukan dari kalangan wartawan agensi media berdaftar turut berada bersama petugas media yang berkumpul untuk membuat liputan sidang media.
Dua wartawan wanita mengadu kedudukan badan individu terbabit terlalu rapat sehingga menyentuh mereka. Justeru, pihak SJA mahu aspek penguatkuasaan yang lebih ketat untuk melindungi wartawan yang bertugas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mariah berkata, tindakan individu luar itu menjejaskan kerja hakiki wartawan selain mengelirukan orang awam kerana ada maklumat salah yang disebarkan, termasuk kesilapan melaporkan prosiding mahkamah.
Katanya, akses sidang media sepatutnya diutamakan untuk media berdaftar bagi memastikan laporan yang tepat dan berintegriti.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa memperketatkan kawalan akses di kawasan larangan termasuk mahkamah, serta melarang rakaman jika tidak mendapat kebenaran rasmi.
“SJA menggesa semua pihak menghormati piawaian kewartawanan dan tuntutan undang-undang. Setiap laporan yang bertanggungjawab bukan disensasikan, tetapi yang terbaik untuk kepentingan dan keadilan awam,” katanya.
Kes kematian Zara Qairina mendapat liputan meluas termasuk daripada pempengaruh media sosial yang turut menyiarkan perkembangan prosiding kepada orang ramai. - Media Telus
Berita berkaitan
August 19, 2025, 9:47 pm
Akmal Saleh pulang awal dari umrah, berdepan pertuduhan di mahkamah Jumaat ini kes Jalur Gemilang
August 19, 2025, 6:11 pm
Buli asrama Sungai Udang: Lebih 20 pelajar dipaksa ‘hukuman ganas’, dua senior disiasat polis
August 19, 2025, 5:49 pm
Cemas di EDL: Pelajar wanita pandu lawan arus lima minit, nyaris undang tragedi
August 19, 2025, 5:48 pm
Bapa yakin anak OKU hilang di Bukit Tabur 19 hari lalu masih hidup, tetap setia tunggu kepulangan
August 19, 2025, 5:43 pm
Orang ramai disaran daftar MyDigital ID segera, akses MyJPJ dan MyBayar PDRM lebih lancar
August 19, 2025, 5:36 pm
Kerajaan kaji semula sekatan perjalanan peminjam PTPTN
August 19, 2025, 5:22 pm
Saksi utama perbicaraan kes rasuah Guan Eng mohon perlindungan polis
August 19, 2025, 5:14 pm