Berita Berita
Cemas di EDL: Pelajar wanita pandu lawan arus lima minit, nyaris undang tragedi

JOHOR BAHRU 19 Ogos – Detik mencemaskan tercetus di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) arah utara semalam apabila sebuah kereta dipandu pelajar kolej swasta melawan arus selama hampir lima minit, sekali gus mengundang bahaya besar kepada pengguna jalan raya lain.
Insiden kira-kira jam 10.30 pagi itu menyaksikan kereta jenis Hyundai Elantra berwarna putih dipandu wanita berusia 19 tahun terbabit meluncur bertentangan arus trafik, menyebabkan pemandu lain terpaksa membunyikan hon dan menyalakan lampu bagi memberi amaran.
Rakaman video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial jelas memaparkan suasana panik di lebuh raya tersebut, apabila kenderaan lain berdepan risiko dirempuh secara berdepan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan mendapati pelajar terbabit dipercayai tersalah masuk ke laluan bas di kawasan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sebelum meluru masuk ke EDL secara melawan arus.
“Hanya selepas hampir lima minit dia menyedari kesilapannya apabila melihat banyak kenderaan membunyikan hon dan menyalakan lampu amaran.
“Dia kemudian berpatah semula menghala ke arah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Raub menegaskan, walaupun ujian saringan air kencing dan alkohol terhadap pelajar itu adalah negatif, tindakannya tetap disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
“Tindakan seperti ini amat serius kerana boleh mengundang tragedi yang meragut nyawa. Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang memandu secara cuai dan membahayakan keselamatan orang ramai,” tegasnya.
Beliau menyeru saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurulhadi Ali di talian 019-5230102.
Orang ramai juga diingatkan agar lebih berhati-hati dan sentiasa berhemah di jalan raya bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang. - Media Telus
Berita berkaitan
August 19, 2025, 9:47 pm
Akmal Saleh pulang awal dari umrah, berdepan pertuduhan di mahkamah Jumaat ini kes Jalur Gemilang
August 19, 2025, 6:11 pm
Buli asrama Sungai Udang: Lebih 20 pelajar dipaksa ‘hukuman ganas’, dua senior disiasat polis
August 19, 2025, 5:48 pm
Bapa yakin anak OKU hilang di Bukit Tabur 19 hari lalu masih hidup, tetap setia tunggu kepulangan
August 19, 2025, 5:43 pm
Orang ramai disaran daftar MyDigital ID segera, akses MyJPJ dan MyBayar PDRM lebih lancar
August 19, 2025, 5:36 pm
Kerajaan kaji semula sekatan perjalanan peminjam PTPTN
August 19, 2025, 5:31 pm
SJA kesal wartawan diganggu ketika liputan inkues kematian Zara Qairina
August 19, 2025, 5:22 pm
Saksi utama perbicaraan kes rasuah Guan Eng mohon perlindungan polis
August 19, 2025, 5:14 pm