Berita Berita
Kerajaan kaji semula sekatan perjalanan peminjam PTPTN

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Kerajaan mungkin akan mengkaji semula langkah sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata perkara itu berkemungkinan dilaksanakan semula namun masih belum ada keputusan muktamad setakat ini.
“Mungkin kita akan kaji semula, tetapi buat masa ini masih lagi belum ada pertimbangan untuk adakan sekatan ke atas peminjam-peminjam,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau memaklumkan, sehingga Julai lalu, PTPTN meluluskan pinjaman berjumlah RM59.44 bilion kepada 3.1 juta peminjam daripada golongan B40 atau penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Selain itu, Mustapha berkata, permohonan pengecualian bayaran balik untuk pemegang ijazah kelas pertama akan mula dibuka semula pada 1 September ini selepas proses penyelenggaraan laman web PTPTN selesai.
“Skim kelas pertama ini telah dimulakan seawal 2001 dan setakat ini jumlah keseluruhan pelajar mendapat manfaat sebanyak 133,159 orang dengan nilai lebih kurang RM2.9 bilion,” katanya.
Berita berkaitan
August 19, 2025, 9:47 pm
Akmal Saleh pulang awal dari umrah, berdepan pertuduhan di mahkamah Jumaat ini kes Jalur Gemilang
August 19, 2025, 6:11 pm
Buli asrama Sungai Udang: Lebih 20 pelajar dipaksa ‘hukuman ganas’, dua senior disiasat polis
August 19, 2025, 5:49 pm
Cemas di EDL: Pelajar wanita pandu lawan arus lima minit, nyaris undang tragedi
August 19, 2025, 5:48 pm
Bapa yakin anak OKU hilang di Bukit Tabur 19 hari lalu masih hidup, tetap setia tunggu kepulangan
August 19, 2025, 5:43 pm
Orang ramai disaran daftar MyDigital ID segera, akses MyJPJ dan MyBayar PDRM lebih lancar
August 19, 2025, 5:31 pm
SJA kesal wartawan diganggu ketika liputan inkues kematian Zara Qairina
August 19, 2025, 5:22 pm
Saksi utama perbicaraan kes rasuah Guan Eng mohon perlindungan polis
August 19, 2025, 5:14 pm