Berita Berita
Mercedes AMG RM700,000 disita JPJ ketika isi minyak
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Seorang lelaki berusia 54 tahun tidak menyangka perjalanan singkat untuk mengisi minyak bertukar menjadi detik hitam apabila kereta mewahnya, Mercedes AMG E53 bernilai lebih RM700,000, tiba-tiba disita anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka.
Insiden berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak, selepas pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu telah tamat tempoh sejak 25 April lalu, malah tiada perlindungan insurans aktif.
“Ketika ditahan, pemandu memberi alasan ‘terlupa’. Namun kita tiada pilihan selain menyita kereta berkenaan untuk siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop dalam kenyataan hari ini.
Ops Luxury yang dijalankan selama tiga hari sejak Ahad lalu itu turut menyaksikan tiga lagi kereta mewah bernasib sama – sebuah Porsche Taycan Cross Turismo, Toyota Alphard, serta Audi A5.
Kenderaan berkenaan juga dikesan tiada cukai jalan dan insurans, sekali gus menyaksikan drama serupa di lokasi berbeza.
Menurut Siti Zarina, antara yang ditahan termasuk seorang wanita muda berusia 25 tahun yang memandu Audi A5, serta seorang lelaki 33 tahun dengan Porsche yang turut ‘tersadai’ selepas disita.
JPJ menegaskan, walau sehebat mana kenderaan dipandu, undang-undang tetap mengatasi kemewahan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 8, 2026, 7:20 pm
Dua beradik jatuh tingkat 12 selang beberapa minit, polis tahan ibu bantu siasatan
June 8, 2026, 7:17 pm
Isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bujang di Kunak
June 8, 2026, 6:39 pm
Bayi lelaki tanpa baju ditinggalkan dekat tabung surau di Taman Daya
June 8, 2026, 6:32 pm
Muda putuskan strategi, senarai calon PRN Johor selepas pemukiman di Muar
June 8, 2026, 6:26 pm
Jaslinda dengar helikopter, tiup wisel dan jumpa nota SAR
June 8, 2026, 4:32 pm
MCMC ambil tindakan kandungan judi dalam talian menjelang Piala Dunia 2026
June 8, 2026, 4:21 pm
Abd Halim wajibkan semua warga SPRM isytihar harta dalam tempoh sebulan
June 8, 2026, 2:18 pm
Malaysia sedia hulur bantuan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat
June 8, 2026, 1:56 pm
Dua beradik jatuh pangsapuri di Tampoi, saksi dakwa dengar dua dentuman kuat
June 8, 2026, 12:38 pm
