Berita Politik
'Akmal tetap belum insaf' - Pemuda DAP Selangor desak putus hubungan politik dengan Akmal Saleh
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Pemuda DAP Selangor hari ini menggesa parti itu memutuskan hubungan politik dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang didakwa terus mengeluarkan kenyataan berbaur mengelirukan serta mencetuskan ketegangan.
Dalam satu kenyataan media, sayap itu membidas tindakan Akmal yang masih berterusan membuat kenyataan walaupun beliau telah didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam berhubung catatan di Facebook berkaitan isu Jalur Gemilang.
Akmal yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka, selepas dihadapkan ke mahkamah, dipetik berkata negara ini milik semua rakyat Malaysia serta mendakwa pertuduhan ke atasnya hanyalah bertujuan menutup mulutnya.
Namun, Pemuda DAP Selangor berkata, Akmal dilihat masih tidak insaf dan mendakwanya berperanan sebagai ejen Perikatan Nasional (PN) dalam Kerajaan Perpaduan.
Mereka menegaskan bahawa Akmal cuba menggambarkan dirinya seolah-olah mangsa perjuangan kaum, sedangkan pendakwaan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan menunjukkan tindakannya jauh lebih serius serta melangkaui batas undang-undang.
“DAPSY Selangor menggesa agar DAP dan DAPSY kebangsaan segera memutuskan hubungan politik dengan Akmal yang berfungsi sebagai ejen PN dalam Kerajaan Perpaduan,” menurut kenyataan itu.
Akmal didakwa mengikut Seksyen 505(b) kerana menyiarkan video di akaun Facebooknya pada 11 Ogos lalu yang boleh menimbulkan kegentaran dan kegusaran awam.
Dalam video tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memberi tempoh dua hari kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa seorang lelaki yang didakwa mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.
Sekiranya tiada tindakan diambil, Akmal berkata beliau akan “mengajar apek itu” cara memasang bendera dengan betul.
Pada prosiding semalam, Akmal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan ke atasnya.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
