Berita Politik
'Setakat sembang kencing, hancing jer dapat' - Akmal Saleh cabar DAPSY hantar surat putus hubungan politik kepada UMNO
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Melaka supaya mendesak DAP menghantar surat rasmi kepada UMNO Malaysia sekiranya benar mahu memutuskan kerjasama politik.
“Saya pun mahu tunggu sama ada berani atau tidak. Kalau setakat sembang kencing kuat ni, hancing jer dapat,” sindir Akmal dalam reaksinya terhadap gesaan DAPSY Melaka.
Gesaan itu dibuat selepas Ketua DAPSY Melaka, Cassel Krishnan, menolak politik kebencian yang didakwa dimainkan Akmal. Menurut Cassel, isu Jalur Gemilang tidak wajar dijadikan modal politik murahan kerana ia hanya menyemai kebencian dalam masyarakat.
“Kesilapan kecil rakyat tidak boleh dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan mereka daripada mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.
Secara sinis, Akmal kemudian membalas: “Kalau kamu takut saya tag bos kamu kat sini harap dia baca.” Hantaran itu turut menandakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Sebelum ini, DAPSY Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor turut membuat desakan sama supaya kepimpinan DAP memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Akmal.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
