Berita Dunia
Penggodam berjaya 'tembus' pangkalan data, lebih 2.5 bilion pengguna Gmail dalam bahaya
LONDON 24 Ogos – Lebih 2.5 bilion pengguna Gmail dilaporkan berdepan risiko keselamatan selepas sekumpulan penggodam berjaya menceroboh pangkalan data utama milik Google, lapor portal berita Metro.co.uk.
Serangan siber yang dikaitkan dengan kumpulan ShinyHunters itu dipercayai berlaku pada Jun lalu apabila mereka memperdaya seorang kakitangan Google untuk mendapatkan akses ke pangkalan data yang diuruskan menerusi platform ‘cloud’ Salesforce.
Pencerobohan tersebut membolehkan penggodam mencuri sejumlah besar fail mengandungi maklumat syarikat serta butiran hubungan pelanggan.
Menurut Google, tiada kata laluan pengguna dicuri. Namun, laporan terbaharu menunjukkan penjenayah siber sudah mula menyasarkan pelanggan Gmail dengan menggunakan data curi itu.
Di forum subreddit Gmail, pengguna mendakwa mereka menerima panggilan telefon palsu serta e-mel berbahaya kononnya daripada kakitangan Google. Taktik itu bertujuan memperdaya mangsa menyerahkan kod log masuk atau kata laluan bagi membolehkan penggodam menembusi akaun mereka.
Pakar keselamatan siber, James Knight, memberitahu Daily Mail bahawa kegiatan kumpulan berkenaan semakin aktif.
“Terdapat peningkatan besar aktiviti kumpulan penggodam ini. Banyak kes vishing (penipuan melalui panggilan telefon) yang menyamar sebagai Google. Mereka juga menghantar mesej teks untuk memaksa mangsa log masuk atau memberikan kod akses.
“Jika anda menerima mesej suara atau teks daripada Google, jangan terus percaya. Sembilan daripada sepuluh mesej sedemikian bukan daripada Google,” katanya.
Pakar memberi amaran taktik itu boleh menyebabkan mangsa kehilangan akses kepada akaun sendiri atau berdepan kecurian maklumat peribadi. – AGENSI
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
