Berita Berita
Kedai tayar di Shah Alam terbakar, lebih 40 kenderaan termasuk motosikal rentung

SHAH ALAM 25 Ogos - Sebuah bengkel tayar di Seksyen 24 di sini musnah terbakar malam tadi sehingga menghanguskan lebih 40 kenderaan termasuk kereta dan motosikal.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata seorang lelaki tempatan yang juga pekerja bengkel berusia 30-an cedera ringan dalam kejadian itu.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta BBP Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian.
"Premis berkenaan terbakar 90 peratus menyebabkan 37 kereta serta tujuh motosikal musnah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau memaklumkan, tiada mangsa berada di dalam bangunan ketika kebakaran berlaku, kecuali seorang pekerja bengkel yang melecur di tangan kerana cuba mengalihkan kenderaan.
"Kebakaran dikawal pada jam 12.26 tengah malam dan operasi tamat pada jam 2.31 pagi tadi," katanya.
Berita berkaitan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm
UPUOnline kini dinaiktaraf, pemohon boleh pilih kursus ada peluang kerjaya tinggi
August 25, 2025, 3:42 pm