Berita Berita
Dakwaan pembangkang tak benar, PM nafi hutang kerajaan bertambah

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kerajaan Madani menegaskan komitmen untuk mengurangkan defisit fiskal serta hutang baharu negara, meskipun isu itu sering dijadikan polemik politik oleh pihak pembangkang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara berkata, kadar defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 5.6 peratus kepada 4.1 peratus dan dijangka terus susut kepada 3.8 peratus tahun hadapan.
“Setengah rakan-rakan saya sebelah sana kata hutang bertambah, tidak benar. Hutang baharu kerajaan kurang. Saya dah baca banyak kali iaitu hutang daripada RM100 bilion turun RM90 turun RM80 turun RM70 bilion, itu yang kita lakukan.
“Namun hutang keseluruhan dengan bunga yang bukan kita pinjam tetapi kita warisi itu bertambah. Jadi apabila jumlah hutang baharu diturunkan, barulah berlaku pengembangan. Janganlah kata kerajaan sekarang hutang baharu, itu tidak betul,” jelas Anwar.
Beliau menegaskan sasaran lima tahun akan datang adalah menurunkan defisit fiskal kepada tiga peratus serta mengekalkan paras hutang di bawah 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kerajaan juga menyasarkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat kepada RM77,200 menjelang 2030, sekali gus melepasi ambang status negara berpendapatan tinggi.
Di bawah RMK13, menerusi Reformasi Pengurusan Projek dan Fiskal, beberapa langkah strategik dirangka termasuk meminimumkan perbelanjaan tidak mendesak bagi mencapai sasaran defisit fiskal di bawah tiga peratus menjelang 2030.
Selain itu, kerajaan akan memperketat kawalan jaminan pinjaman kepada syarikat milik kerajaan serta melaksanakan rasionalisasi subsidi secara bersasar dan berperingkat. - Media Telus
Berita berkaitan
August 25, 2025, 9:05 pm
Dihalang ke luar negara, mahkamah benarkan suri rumah saman Ketua Pengarah Imigresen, kerajaan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm