Berita Berita
Malaysia tidak pernah berpaling perjuang nasib Palestin - Anwar

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tetap konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin meskipun dunia sering bercakap soal hak asasi dan demokrasi, namun memilih untuk berpaling.
Beliau berkata, dalam setiap pertemuan antarabangsa sama ada di Tokyo, Beijing, New Delhi atau Eropah, isu kezaliman terhadap rakyat Palestin sentiasa dibawa.
“Sejak puluhan tahun, tanah Palestin dirampas, rumah dihancurkan, sekolah dimusnahkan, bahkan masjid dan gereja pun tidak terlepas daripada kezaliman Zionis. Apa yang berlaku di Gaza hari ini bukan sekadar peperangan, tetapi penjajahan paling zalim dan tidak berperikemanusiaan.
“Ini bukan perbuatan manusia, ini perbuatan haiwan! Segalanya dirampas — tanah, rumah, keluarga, nyawa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar menegaskan Malaysia akan terus menggandakan sokongan, termasuk menyalurkan bantuan kemanusiaan daripada rawatan perubatan hingga peluang pendidikan. Kerajaan MADANI juga baru mengumumkan tambahan dana RM100 juta untuk rakyat Palestin.
“Kita tahu perjuangan ini melelahkan, kadang kala terasa buntu. Tetapi janji Allah jelas, pertolongan-Nya dekat. Kita mesti teguh tanpa gentar. Percayalah, kebenaran dan keadilan pasti menang,” ujarnya.
Perdana Menteri turut menyebut kejayaan Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza yang menghimpunkan ribuan rakyat sebagai bukti kesatuan Malaysia menolak kezaliman serta menuntut keadilan untuk Palestin.
“Ingatlah, suara yang bergema malam itu bukan suara parti atau kaum, tetapi suara rakyat Malaysia. Jangan biarkan perpecahan melemahkan kita.
“Kepada saudara-saudara di Gaza, ketahuilah kami tidak akan meninggalkan kalian. Kami belajar daripada semangat kalian dan kami akan teguh bersama kalian selamanya,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm
UPUOnline kini dinaiktaraf, pemohon boleh pilih kursus ada peluang kerjaya tinggi
August 25, 2025, 3:42 pm