TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Enam pelajar buli hingga cedera, londeh seluar junior di sekolah di Kelantan dibebaskan dengan jaminan polis

By
|
Kongsi
image

 

PASIR MAS 25 Ogos – Enam pelajar Tingkatan Empat yang dikaitkan dengan kes buli di sebuah sekolah di sini, minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman mereka tamat pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata pembebasan itu dilakukan sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

"Tempoh tahanan reman untuk enam pelajar itu berakhir hari ini dan kita bebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan enam pelajar Tingkatan Empat selepas mereka didakwa memukul serta melondehkan seluar seorang pelajar Tingkatan Tiga hingga menyebabkan kecederaan.

Kesemua mereka ditahan pada Selasa lalu, sehari selepas kejadian buli tersebut, sebelum direman selama enam hari.


 

+ - reset