Berita Politik
Vokalis Blues Gang, Ito sertai PKR Titiwangsa
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pemuzik blues terkenal, Mohd Arif Kendut atau lebih dikenali sebagai Ito daripada kumpulan Blues Gang, sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah bahagian Titiwangsa.
Penyanyi veteran itu menyerahkan borang keahlian pada satu majlis di Kings Hotel, Melaka semalam ketika program retret halatuju parti PKR Titiwangsa berlangsung.
Ketua PKR Bahagian Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata permohonan Ito diterima oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mewakili parti.
“Dalam acara tersebut, Ito turut diserahkan baju PKR Wilayah Persekutuan secara simbolik sebagai tanda rasmi penyertaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syed Badli turut menyebut, Ito yang dikenali sebagai reformis dan menggunakan muzik serta seni sebagai medium perubahan sosial, juga mengambil bahagian dalam retret politik dua hari berkenaan bagi lebih memahami dunia politik.
Beliau yakin penyertaan Ito bukan sahaja menguatkan bahagian, malah mampu memberi inspirasi kepada komuniti seni untuk bersama menyokong pentadbiran Anwar. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
