TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita warga India ditahan guna pas khas palsu di KLIA

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Seorang wanita warga India gagal memperdaya pihak berkuasa apabila ditahan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan menggunakan pas khas palsu.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan, wanita berusia 45 tahun itu ditahan ketika cuba berlepas ke India petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan mendapati dokumen yang dikemukakan tidak munasabah dan disahkan palsu,” kata agensi itu.

Suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 56(1)(i) dan Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63, sebelum ditempatkan di Depot Imigresen KLIA.

AKPS menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana cubaan menggunakan dokumen palsu, malah tindakan undang-undang tegas akan diambil.

Agensi itu juga menekankan komitmen memastikan integriti sempadan negara terpelihara serta keselamatan pintu masuk Malaysia berada pada tahap tertinggi. - Media Telus

+ - reset