Berita Berita
Empat rakan didakwa bunuh koperal polis di Alor Setar

ALOR SETAR 25 Ogos – Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, pada 7 Ogos lalu.
Tertuduh ialah Muhamad Badry Muhamad Azami, 24; Mohamad Hafiz Khazli, 26; Badri Iman Abdul Nasir, 25; dan Mohd Saifuan Mohd Noor, 34, semuanya dari Johor. Mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail, namun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membunuh mangsa di hadapan sebuah rumah di Taman Golf, kira-kira jam 3.43 petang. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan memerintahkan kesemua tertuduh ditahan di Penjara Alor Setar sehingga sebutan semula kes pada 23 November depan.
Pada 7 Ogos lalu, media melaporkan mangsa maut selepas dirempuh dan digilis sebuah SUV jenis Lexus yang dinaiki empat penjenayah ketika cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Golf. - Media Telus
Berita berkaitan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm
UPUOnline kini dinaiktaraf, pemohon boleh pilih kursus ada peluang kerjaya tinggi
August 25, 2025, 3:42 pm