Berita Berita
Lebih 1.2 juta pekerja gig bakal miliki hak tentukan kadar upah melalui RUU 2025

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia dijangka menikmati hak baharu untuk menentukan kadar upah dan bayaran bersama penyedia platform atau majikan apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 diluluskan kelak.
Menurut dokumen RUU yang disiarkan di laman web Kementerian Sumber Manusia dan diedarkan kepada media, pekerja gig akan diberi ruang melalui majlis tripartite atau majlis perundingan bagi membincangkan kadar upah bersama pemegang taruh industri.
Majlis perundingan yang diwujudkan di bawah RUU berkenaan turut berperanan memberi nasihat serta membuat cadangan kepada kerajaan mengenai pelbagai perkara yang ditentukan menteri.
“Antaranya termasuklah kadar pendapatan minimum, formula yang digunakan berkaitan kadar pendapatan minimum, standard minimum yang perlu digunakan pakai atau apa-apa perkara berkaitan pekerjaan gig dan tarikh permulaan kuat kuasa perintah.
“Selain itu, majlis juga mempunyai kuasa untuk berunding dengan pemegang taruh, mengumpul serta menganalisis data dan menilai kesan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan,” jelas dokumen terbabit di muka surat 33 dan 34.
RUU Pekerja Gig yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen hari ini bukan sahaja merangkumi sektor p-hailing dan e-hailing, malah memperluaskan kategori pekerja gig kepada pelbagai bidang kreatif dan profesional.
“Turut termasuk dalam jadual pekerja gig ialah lakonan, petugas pengeluaran filem, penyanyi, pemuzik, penggubah, penulis lirik, jurusolek, pendandan rambut, jurugaya, jurubahasa isyarat, wartawan, pemberita sambilan, juruvideo, jurugambar dan penjaga untuk orang tua atau ibu bersalin,” kata dokumen itu.
Namun, RUU itu hanya mengiktiraf pekerja gig dengan syarat tertentu iaitu seorang warga negara atau pemastautin tetap, mempunyai perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak, dan menerima pendapatan daripada perkhidmatan tersebut.
RUU Pekerja Gig 2025 digubal bagi melindungi hak pekerja gig, mengawal selia terma perjanjian, menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian, menubuhkan tribunal khas serta memperkukuh aspek keselamatan, kesihatan dan perlindungan sosial pekerja dalam industri yang semakin berkembang sejak sedekad lalu.
Isu berkaitan kadar upah pekerja gig, khususnya penghantar makanan dalam talian, telah berlarutan sejak 2019 dan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada Mei lalu, beliau memberi jaminan kebajikan pekerja gig akan ditangani melalui penggubalan RUU berkenaan.
Selepas lebih setahun dengan hampir 40 sesi libat urus, RUU Pekerja Gig 2025 akhirnya dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, hari ini di Parlimen.
Bagaimanapun, RUU ini mendapat respons bercampur-campur, terutama daripada penyedia platform yang berpendapat ia digubal secara tergesa-gesa.
Difahamkan setakat ini, hanya 15 negara dan negeri di dunia mempunyai akta hampir serupa bagi melindungi pekerja gig.
Berita berkaitan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm
UPUOnline kini dinaiktaraf, pemohon boleh pilih kursus ada peluang kerjaya tinggi
August 25, 2025, 3:42 pm