Berita Berita
Lelaki hilang 3 hari lalu ditemui lemas di Sungai Kelantan

KOTA BHARU 25 Ogos – Misteri kehilangan seorang lelaki sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemui tersangkut di tebing Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, semalam.
Mangsa berusia 55 tahun itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap sekitar jam 6.30 petang.
Saksi kejadian, Azman, 40, berkata dia terlihat satu objek hanyut sebelum tersangkut pada kayu di sungai tersebut.
“Katanya, dia terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki itu di kawasan tersebut.”
Ketua Skuad Anggota Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd. Khairulizuan Ab. Rahman, memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 8.05 malam mengenai penemuan mayat tersebut.
Katanya, beliau bersama anggota APM bergegas ke lokasi untuk mengangkat mangsa yang dipercayai lemas sejak tiga hari lalu.
“Keadaan anggota badan mangsa sudah bengkak dan berbau. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Gerik, Perak dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra selepas orang awam menemui kasut serta beg galas miliknya yang ditinggalkan di atas jambatan itu.
Berita berkaitan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm
UPUOnline kini dinaiktaraf, pemohon boleh pilih kursus ada peluang kerjaya tinggi
August 25, 2025, 3:42 pm