Berita Politik
Ahli UMNO dinasihat guna saluran parti jika tidak puas hati – Azalina
PUTRAJAYA 27 Ogos - Pemimpin dan ahli UMNO yang tidak berpuas hati terhadap sebarang isu atau tindakan individu dalam parti dinasihatkan supaya menggunakan saluran sewajarnya termasuk membuat laporan kepada Lembaga Disiplin.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebagai sebuah parti yang ditubuhkan sejak 1946, UMNO mempunyai sistem dan prosedur sendiri dalam menangani isu disiplin ahlinya.
“Saya tengok kalau seseorang tak puas hati, dia boleh lapor ke lembaga disiplin parti. UMNO memang sebuah parti tradisi, apa-apa isu biasanya dibawa ke perbincangan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang di sini, pagi ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertelingkahan antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.
Terdahulu, Muhamad Akmal dilaporkan mencabar Lokman sama ada di mahkamah atau gelanggang susulan tuduhan kononnya beliau mempunyai agenda untuk menaikkan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri.
Pertikaian itu tercetus selepas Lokman secara terbuka menggelar Muhamad Akmal sebagai ‘Ketua Pemuda H20’ dalam sebuah wawancara.
Mengulas mengenai surat Pemuda UMNO Kapar kepada Lembaga Disiplin UMNO yang mendesak tindakan diambil terhadap Lokman atas dakwaan melanggar etika parti, Azalina berkata perkara itu boleh dibincangkan melalui saluran dalaman.
“Kalau siapa tak puas hati, dia boleh bawa dalam perbincangan. Saya tidak ada masalah. Apa-apa isu boleh diselesaikan secara dalaman,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
