Berita Politik
WARISAN umum bertanding solo di semua 73 kerusi DUN Sabah pada PRN-17
KOTA KINABALU 28 Ogos – Parti Warisan (WARISAN) mengesahkan akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) tanpa sebarang kerjasama dengan parti politik lain.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dipengerusikannya semalam.
“Parti telah memutuskan untuk bertanding di semua 73 kerusi DUN. Ini keputusan bersama, bukan keputusan presiden seorang. Jangan percaya jika ada pihak cuba memberi gambaran sebaliknya.
“Kita tidak akan bergabung dengan mana-mana parti. WARISAN hanya akan bekerjasama dengan rakyat Sabah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.
Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN-17.
Mohd Shafie menegaskan, fokus WARISAN adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat terutama isu bekalan air, elektrik dan prasarana asas seperti jalan raya di seluruh negeri.
Mengulas pengalaman lalu, beliau berkata kerjasama dengan parti lain tidak memberi hasil positif kerana lebih banyak tertumpu kepada perebutan kerusi dan jawatan.
“Kebimbangan mereka hanyalah berapa kerusi diperoleh dan jawatan apa yang boleh diminta. Kalau tidak dapat, mereka lompat parti lagi. Itu pengalaman yang akhirnya memecah-belahkan rakyat Sabah,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
