Berita Dunia
Tunjuk perasaan Jakarta bertukar ganas susulan kematian penunggang e-hailing dirempuh kenderaan berperisai
JAKARTA, 29 Ogos – Seorang lelaki maut manakala puluhan cedera apabila tunjuk perasaan di Jakarta bertukar ganas lewat malam Khamis selepas pihak polis bertempur dengan ratusan penunjuk perasaan yang menuntut reformasi politik dan ekonomi.
Protes itu dilaporkan tercetus ekoran ketidakpuasan hati terhadap beberapa isu termasuk gaji ahli parlimen, peruntukan dana pendidikan serta program makanan sekolah kerajaan.
Ketegangan memuncak apabila pasukan polis rusuhan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan orang ramai.
Awal bulan ini, media tempatan mendedahkan ahli parlimen Indonesia menerima gaji melebihi 100 juta rupiah (AS$6,150) sebulan termasuk elaun perumahan, berbanding purata pendapatan bulanan rakyat hanya 3.1 juta rupiah (AS$188).
Ketua Polis Jakarta, Asep Edi Suheri, berkata kekecohan itu menyebabkan sebuah kenderaan perisai polis merempuh seorang penunggang motosikal e-hailing hingga maut. Persatuan penunggang motosikal menegaskan mangsa tidak terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Susulan insiden itu, tujuh anggota polis yang mengendalikan kenderaan perisai terbabit telah ditahan, menurut Ketua Bahagian Profesional dan Keselamatan Polis Indonesia, Abdul Karim.
Sementara itu, Ketua Kesatuan Pelajar terbesar Indonesia, Muzammil Ihsan, mengumumkan protes susulan menentang keganasan polis akan diadakan petang Jumaat dengan penyertaan pelbagai kumpulan pelajar lain turut dijangka. – REUTERS
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
