Berita Politik
Sanusi sahkan tidak bertanding Naib Presiden Pas, hanya pertahan jawatan AJK Pusat
ALOR SETAR 30 Ogos - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan ke-71 parti itu.
Sebaliknya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pusat bagi penggal 2025-2027.
“Saya tidak bertanding Naib Presiden, hanya bertanding jawatan AJK Pusat sahaja,” katanya ringkas ketika ditemui pada Program Perarakan Bot Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Muzium Negeri, Sabtu.
Sanusi bagaimanapun tidak menjelaskan sebab penolakan pencalonan itu yang dibuat buat kali ketiga.
Terdahulu pada Khamis, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu sudah memberi bayangan bahawa beliau tidak berminat untuk bersaing merebut jawatan dalam parti, sebaliknya mahu penyandang sedia ada terus diberi mandat.
“Siapa yang sudah biasa duduk situ dan buat kerja dengan baik, teruskanlah. Dalam Pas tak ada persaingan atau perebutan apa.
“Sikap saya pun sama, tak akan bersaing dengan sesiapa. Terus terang, tak ada yang tersembunyi dan tak ada yang tersirat,” katanya.
Pada pemilihan 2021 dan 2023, Sanusi turut menolak pencalonan bagi jawatan itu walaupun diumumkan layak setelah dicalonkan beberapa kawasan Pas.
Sebaliknya, pada 2023 beliau memperoleh undian tertinggi sebagai AJK Pusat dengan 1,098 undi.
Untuk pemilihan kali ini, Sanusi antara empat calon yang diumumkan layak bertanding jawatan Naib Presiden bersama tiga penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Idris Ahmad.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
