Berita Dunia
Protes di Indonesia makin memuncak, Prabowo akur potong elaun Ahli Parlimen
JAKARTA 31 Ogos - Parti politik di Indonesia bersetuju untuk memotong beberapa elaun serta keistimewaan ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) selepas desakan demonstrasi antikerajaan yang meragut lima nyawa minggu lalu.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ketika sidang media di Istana Presiden pada Ahad bersama pemimpin parti-parti politik, mengumumkan langkah itu sebagai usaha meredakan kemarahan rakyat terhadap isu gaji dan elaun perumahan berlebihan ahli Parlimen.
Protes bermula Isnin lalu dan bertukar ganas pada Khamis selepas seorang pemandu ojek maut akibat tindakan polis ketika perhimpunan. Susulan itu, beberapa rumah ahli parti politik serta premis kerajaan di Jakarta dipecah masuk dan dibakar, sekali gus menambah ketegangan di ibu negara.
“Pimpinan Parlimen telah menyatakan mereka akan memansuhkan beberapa dasar Parlimen, termasuk jumlah elaun ahli Parlimen dan moratorium perjalanan kerja ke luar negara,” kata Prabowo.
Beliau turut menegaskan bahawa polis dan tentera diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap perusuh serta penjarah yang didakwa terlibat dengan unsur “pengganas” dan “pengkhianatan”.
Difahamkan, protes besar-besaran ini adalah cabaran paling serius bagi kerajaan Prabowo sejak beliau mengambil alih kuasa pada Oktober lalu, selepas hampir setahun pentadbirannya tidak berdepan penentangan politik ketara.
Keputusan mengurangkan elaun serta menghentikan sebahagian keistimewaan ahli Parlimen itu diharap dapat menenangkan keadaan serta membuktikan kesediaan kerajaan mendengar suara rakyat. - Agensi
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
