Berita Dunia
Rusuhan di Indonesia: Prabowo arah polis, tentera ambil tindakan paling tegas terhadap perusuh
KUALA LUMPUR 1 Sept - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang merosakkan infrastruktur awam serta terlibat dalam penjarahan susulan protes besar-besaran di negara itu.
Beliau menegaskan, kerajaan menghormati kebebasan bersuara selaras dengan United Nations International Covenant on Civil and Political Rights Fasal 19 Undang-Undang Nombor 9 Tahun 1998, namun sebarang penyampaian aspirasi perlu dilakukan secara aman tanpa mencetuskan provokasi.
"Saya perintahkan untuk mengambil tindakan yang paling tegas terhadap segala bentuk kerosakan kemudahan awam, penjarahan terhadap kediaman individu ataupun tempat-tempat awam dan pusat-pusat ekonomi, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,’’ katanya dalam sidang akhbar di Istana Negara, semalam.
Tunjuk perasaan di beberapa daerah sebelum ini mencetuskan provokasi besar sehingga menyebabkan infrastruktur awam musnah selain berlakunya penjarahan rumah individu penting di negara itu.
Antara kediaman yang menjadi sasaran termasuk rumah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni di Tanjung Priok, Jakarta Utara pada Sabtu, diikuti rumah ahli politik Parti Amanat Nasional (PAN), Eko Hendro Purnomo atau lebih dikenali sebagai Eko Patrio di Setiabudi, Jakarta Selatan serta kediaman anggota DPR, Surya Utama atau Uya Kuya.
Malah, rumah peribadi Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati di Jakarta turut didakwa menjadi sasaran penjarahan oleh individu tidak dikenali, awal pagi Ahad.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
