Berita Politik
'Mereka bebas tentukan hala tuju masing-masing' - Tuan Ibrahim alu-alukan MCA, MIC sertai PAS
KUALA LUMPUR 1 Sept - Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjemput MCA dan MIC untuk bersama parti itu, susulan rasa tidak puas hati kedua-dua komponen Barisan Nasional (BN) yang mendakwa dipinggirkan daripada perwakilan kerajaan.
“MCA dan MIC bebas tentukan hala tuju mereka. Kita alu-alukan bersama kita. Jika MCA dan MIC hendak sertai kita, tidak ada masalah sebab setiap parti ada segmen dan penyokong sendiri,” katanya dalam wawancara bersama Berita Harian.
Pelawaan itu hadir selepas beberapa bahagian MIC negeri dilaporkan meluluskan resolusi keluar daripada BN kerana kecewa dengan kedudukan semasa.
PN tubuh Majlis Presiden
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim mendedahkan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi telah menubuhkan Majlis Presiden selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Beliau menjelaskan, majlis berkenaan berperanan sebagai penimbang tara terakhir jika isu gagal diselesaikan di peringkat negeri atau jawatankuasa.
“Majlis Presiden penting sebab tidak semua perkara kita boleh selesaikan di bawah. Ada perkara kita kena bincang, teliti satu persatu,” katanya.
Menurutnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN akan mempengerusikan majlis itu, sekali gus menepis dakwaan berlaku usaha menghakis peranan beliau.
Isu calon perdana menteri
Mengulas mengenai spekulasi poster boy sebagai calon Perdana Menteri, termasuk nama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Tuan Ibrahim menegaskan PAS tidak akan mengumumkan sesiapa.
“Dalam PAS banyak tokoh layak jadi calon. Tetapi kita tidak boleh isytihar awal kerana kuasa melantik Perdana Menteri adalah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Kalau umum awal, ia akan jadi sasaran,” katanya.
Sokong kepimpinan Hadi Awang
Sementara itu, Tuan Ibrahim menegaskan beliau kekal menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus menerajui PAS.
“Saya sendiri mendukung presiden. Beliau bukan one man show, sebarang keputusan dibuat melalui mesyuarat. Bahkan pencapaian beliau paling cemerlang dalam sejarah PAS, jadi sewajarnya dipertahankan,” katanya.
Beliau turut menolak kebimbangan mengenai tahap kesihatan Hadi, 77, dengan menyifatkan sejarah PAS membuktikan pemimpin terdahulu tetap berkhidmat hingga akhir hayat.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
