Berita Politik
ADUN Manjoi mohon maaf, nafi mainkan isu perkauman dalam insiden serangan Sultan Perak
IPOH 1 Sept. – Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Hafez Sabri memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan insiden cubaan seorang wanita menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu menjelaskan, hantaran awal yang dibuatnya telah dimanipulasi pihak tertentu, selain menegaskan pembetulan telah dilakukan hanya beberapa minit selepas ia dimuat naik apabila menyedari maklumat awal tidak tepat.
Menurutnya, tindakan menyebut nama kaum dalam hantaran asal telah dipadam dan diganti segera, kerana fokus utama hanyalah soal keselamatan Sultan Perak.
“Saya sedar tindakan melanggar kawalan keselamatan tidak boleh dipertahankan tanpa melihat kepada warna kulit siapa yang melakukannya. Fokus saya hanyalah keselamatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
“Saya mohon maaf atas kekhilafan ini. Sebagai manusia, saya juga tidak terlepas daripada kesilapan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.
Hafez mendakwa, walaupun hantaran tersebut telah dibetulkan, terdapat pihak yang segera menyebarkan tangkap layar versi asal bagi membina naratif kononnya beliau memainkan isu perkauman.
“Saya tidak menimbulkan isu bangsa atau etnik dalam perkara ini. Sebaliknya, saya hanya menekankan soal keselamatan Tuanku Sultan yang perlu diperketatkan,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran tangkap layar berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim mengecam tindakan Hafez yang dianggap tidak bertanggungjawab melalui hantaran tersebut. Namun, hantaran asal itu telah dipadam sebelum tangkap layar didedahkan oleh pihak berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
