Berita Politik
MCA, MIC boleh 'tenggelam' kalau terima pelawaan PAS – Ti Lian Ker
KUALA LUMPUR 2 Sept – Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengalu-alukan MCA dan MIC untuk bersama Pas sebagai langkah silap dari sudut strategi politik.
Menurutnya, tindakan itu mungkin menguntungkan Pas, namun berisiko melemahkan MCA dan MIC kerana sebahagian besar pengundi Cina dan India masih belum dapat menerima Pas selagi parti itu berpegang kepada agenda pelaksanaan sistem perundangan Islam.
“Selagi Pas dilihat konservatif dengan pandangan yang meletakkan masyarakat bukan Islam di kedudukan lebih rendah seperti kafir harbi atau zimmi, adalah sukar untuk masyarakat Cina dan India menerimanya.
“Lebih manis jika jemputan itu dibuat atas kapasiti Perikatan Nasional (PN) melalui pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Ti memberi peringatan bahawa MCA dan MIC berisiko mengalami nasib sama seperti DAP pada tahun 1999 apabila parti itu hanya memenangi 10 daripada 193 kerusi Parlimen.
Katanya, jika jemputan Pas hanya bertujuan mencukupkan angka, ia tidak lebih daripada strategi menambah kerusi sandaran, bukannya kerjasama politik tulen.
Sebaliknya, beliau menegaskan Pas perlu membuktikan parti itu memperjuangkan keadilan sejagat dan rukun ketuhanan sebenar, bukan berasaskan kaum atau retorik agama.
“Sebagai permulaan, Pas wajar menyokong pemilihan ahli majlis tempatan atas prinsip demokrasi, bukan menentangnya kerana fobia perkauman.
“Pas mesti menyederhanakan diri dalam PN dan mengubah pendekatan politik daripada penekanan agama serta kaum kepada agenda keadilan sosial, kemanusiaan dan kebajikan sejagat. Kerjasama dengan MCA atau MIC perlu dibina atas nilai murni bersama, bukan sekadar janji manis di pentas ceramah,” ujarnya.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 11:12 am
Kenyataan Pemuda MIC terhadap Ahmad Zahid emosionaL, tidak matang
December 15, 2025, 2:51 pm
Zahid tegaskan UMNO tiada hubungan langsung dengan DAP
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
