Berita Dunia
Protes Indonesia: 'Polis mungkin bersalah, tapi perusuh sebenarnya punca' - Prabowo
JAKARTA 2 Sept – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa mana-mana anggota polis yang terbukti bersalah ketika mengendalikan demonstrasi ganas akan dikenakan tindakan tegas.
Menurut laporan Astro Awani, Prabowo berkata, meskipun berlaku kemungkinan kesilapan ketika pasukan keselamatan berdepan situasi tegang, masyarakat tidak wajar melupakan pengorbanan puluhan anggota polis yang turut menjadi mangsa insiden berkenaan.
“Ini sedang diselidiki. Kalau ada kesalahan, akan diambil tindakan,” katanya ketika melawat Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur, pada Isnin.
Menurut beliau, Polis Republik Indonesia (Polri) kini sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota yang didakwa melanggar prosedur semasa mengawal demonstrasi yang merebak ke lebih 15 wilayah sejak minggu lalu.
Presiden itu juga mengakui bahawa dalam proses menegakkan undang-undang, anggota polis berdepan tekanan sehingga ada yang tersilap langkah.
“Polis kadang-kadang, ya namanya menegakkan hukum, ada yang khilaf, ada yang keterpaksaan.
“Tapi kalau ada korban, yang benar-benar salah adalah mereka yang membuat rusuhan sehingga rakyat tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya.
Dalam masa sama, Prabowo menyampaikan penghargaan kepada anggota Polri yang cedera atau terkesan semasa bertugas, sambil menekankan komitmen mereka menjaga ketenteraman negara tanpa henti.
“Tapi jangan lupa, puluhan petugas juga berkorban. Polis siang malam menjaga keamanan,” ujarnya.
Kenyataan itu hadir selepas kematian seorang penunggang motosikal penghantaran makanan, Affan Kurniawan, 21, yang dilanggar kenderaan taktikal polis ketika rusuhan di Jakarta. Kejadian itu mencetuskan kemarahan awam dan gelombang protes besar-besaran di seluruh negara.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
