Berita Dunia
Perusuh di Indonesia bakar balai polis tanda protes, hanya masjid satu-satunya bangunan terselamat
SURABAYA 2 Sept – Masjid Al Jabbar menjadi satu-satunya bangunan yang masih terselamat selepas Balai Polis Tegalsari musnah dibakar perusuh ketika demonstrasi di kawasan itu pada Sabtu lalu.
Pemerhatian di lokasi mendapati masjid yang terletak di bahagian belakang balai polis berkenaan turut mengalami kerosakan apabila sebahagian siling runtuh, dengan serpihan kayu dan kaca berselerakan serta bau hangus masih kuat.
Bagaimanapun, ruang solat dan sebahagian tempat wuduk masih boleh digunakan.
Masjid berkenaan baru sahaja siap dibaik pulih dan dirasmikan pada 23 Mac 2023 oleh bekas Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Toni Harmanto.
Berbeza dengan masjid, bangunan utama Balai Polis Tegalsari musnah hampir sepenuhnya, hanya meninggalkan runtuhan dinding, manakala bumbung runtuh keseluruhannya.
Bangunan itu juga merupakan tapak warisan budaya di Surabaya.
Beberapa grafiti, termasuk tulisan “ACAB,” turut kelihatan pada sisa bangunan terbakar itu.
Kerosakan besar tersebut menarik perhatian penduduk setempat. Seorang saksi, Nur dari Jalan Urip Sumoharjo, berkata:
“Saya datang untuk lihat sendiri. Rupa-rupanya semuanya terbakar seperti ini. Sangat menyedihkan,” katanya sambil berharap keadaan kembali stabil.
Ketua Balai Polis Tegalsari, Komisioner Rizki Santoso, memaklumkan bahawa 90 peratus struktur balai polis musnah, dengan hanya masjid yang masih terselamat.
“Kami bersyukur, 25 anggota yang bertugas semasa kebakaran semuanya selamat dan sihat,” katanya.
Menurut Rizki, pihaknya telah diarahkan supaya menasihati penunjuk perasaan agar kekal aman, namun situasi bertukar tidak terkawal apabila kira-kira 5,000 orang yang berarak dari Gedung Grahadi, terletak kira-kira 500 meter dari balai polis, menyerbu dan membakar bangunan itu.
“Perusuh yang tidak terkawal terus merosakkan dan membakar balai polis. Kekuatan kami tidak seimbang,” katanya. - AGENSI
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
