Berita Dunia
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
WASHINGTON 10 April – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran kepada Iran supaya tidak mengenakan bayaran ke atas kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz.
Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump menegaskan tindakan tersebut tidak wajar dan perlu dihentikan segera.
“Jika benar mereka mengenakan bayaran, mereka perlu berhenti sekarang,” katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
Selat Hormuz yang mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dunia kini berdepan risiko gangguan serius, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan pasaran tenaga global.
Laporan antarabangsa sebelum ini menyebut Tehran sedang mempertimbangkan atau telah mengenakan caj terhadap kapal yang melalui laluan strategik itu, mencetuskan bantahan negara Barat yang menegaskan prinsip kebebasan pelayaran antarabangsa.
Langkah berkenaan dilihat berpotensi meningkatkan ketidaktentuan pasaran tenaga serta memberi tekanan kepada laluan perdagangan minyak utama dunia.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
