Berita Dunia
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
KUALA LUMPUR 6 April – Kedutaan Iran di Malaysia mengesahkan kapal pertama milik Malaysia telah selamat melepasi Selat Hormuz hari ini, susulan rundingan diplomatik tahap tinggi antara kedua-dua buah negara.
Menerusi hantaran rasmi di akaun X, Kedutaan Iran menegaskan bahawa Republik Islam Iran akan sentiasa menghargai hubungan persahabatan yang terjalin dengan Malaysia, terutamanya dalam mendepani situasi geopolitik yang mencabar ketika ini.
“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama telah melalui Selat Hormuz,” menurut hantaran tersebut yang turut disertakan dengan sekeping foto kapal berkenaan tanpa perincian lanjut.
Perkembangan positif ini menyusul selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang memaklumkan hasil perbincangan beliau dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Dalam rundingan tersebut, Anwar menegaskan kepentingan pelepasan tujuh buah kapal Malaysia yang terkandas di laluan kritikal itu bagi memastikan kelangsungan bekalan minyak negara dan keperluan asasi rakyat tidak terjejas.
"Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara. Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan," kata Anwar ketika merasmikan Kolej Vokasional Pengerang di Johor, semalam.
Pelepasan kapal pertama ini dijangka akan diikuti oleh enam lagi kapal lain secara berperingkat, sekali gus memberikan sedikit kelegaan kepada rantaian bekalan tenaga negara yang sebelum ini dilaporkan terganggu akibat penutupan selat strategik tersebut.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
