Berita Dunia
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
KUALA LUMPUR 13 April – Harga minyak mentah global melonjak ketara pada lewat Ahad susulan tindakan United States Navy mengumumkan sekatan terhadap trafik maritim keluar masuk pelabuhan Iran, selepas rundingan damai antara Washington dan Teheran gagal mencapai persetujuan.
Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Mei meningkat hampir lapan peratus kepada AS$104.20 setong, manakala penanda aras Brent bagi Jun naik kira-kira tujuh peratus kepada AS$101.86 setong.
Menurut United States Central Command, sekatan akan dikuatkuasakan bermula 10 pagi waktu Timur (ET) Isnin ke atas semua kapal yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran.
Bagaimanapun, operasi itu tidak melibatkan kapal yang berlayar ke atau dari pelabuhan bukan Iran.
Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump berkata Tentera Laut negara itu akan menyekat perkapalan di Selat Hormuz susulan kegagalan rundingan antara kedua-dua pihak.
Beliau berkata arahan turut dikeluarkan bagi mengenal pasti dan menghalang kapal di perairan antarabangsa yang membayar tol kepada Iran untuk melalui laluan strategik berkenaan.
Selat Hormuz merupakan laluan penting yang mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak global, namun trafik kapal tangki dilaporkan merosot mendadak susulan peningkatan ketegangan ketenteraan di rantau Asia Barat.
Gangguan itu disifatkan sebagai antara kejutan bekalan minyak terbesar dalam sejarah, khususnya selepas serangan AS dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada AS akan meneruskan serangan udara terhadap Iran dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Trump bersetuju kepada gencatan senjata selama dua minggu sebagai pertukaran dengan kebenaran Teheran membenarkan kapal melalui selat berkenaan.
Namun, pegawai Iran menegaskan laluan selamat di Selat Hormuz kekal tertakluk kepada kelulusan mereka.
Penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Akbar Velayati berkata kawalan ke atas selat itu masih berada di tangan Iran.
Data LSEG menunjukkan hanya tiga kapal supertanker melalui laluan berkenaan pada Sabtu, jauh merosot berbanding lebih 100 kapal sehari sebelum konflik tercetus.
Sementara itu, Naib Presiden AS, JD Vance yang mengetuai delegasi rundingan berkata kegagalan perbincangan berpunca daripada keengganan Iran memberi komitmen jelas untuk menghentikan pembangunan senjata nuklear.
Speaker Parlimen Iran, Mohammad-Bagher Ghalibaf pula menyatakan AS gagal memperoleh kepercayaan delegasi Iran dalam rundingan terbaharu itu.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
