Berita Politik
'Muhyiddin sihat, sedia pimpin PAT Bersatu ke-8 hujung minggu ini' - Azmin
KUALA LUMPUR 2 Sept – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk memimpin Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ke-8 parti itu hujung minggu ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Muhyiddin kekal aktif dan kini sedang menyiapkan ucapan dasar yang bakal menjadi tumpuan utama pada PAT kali ini.
“Saya berhubung dengan beliau hampir setiap hari, khususnya dalam persiapan PAT. Beliau cukup bersemangat dan saya kira ucapan dasar yang akan disampaikan nanti sangat komprehensif,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu, Selasa.
Azmin menolak dakwaan mengenai kesihatan Muhyiddin, sambil menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu menunjukkan komitmen tinggi sejak enam bulan lalu dengan turun padang ke negeri dan bahagian.
“Beliau jelas bersedia memimpin parti dengan lebih aktif, malah pimpinan Bersatu di semua peringkat juga cukup bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” ujarnya.
PAT Bersatu 2025 dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 September di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dengan penyertaan 2,555 perwakilan daripada 202 bahagian di seluruh negara.
Menurut Azmin, perhimpunan tersebut dijangka menjadi medan penting untuk Bersatu menyemak prestasi, memperkukuh latihan jentera serta membina kerjasama strategik dengan parti-parti anggota Perikatan Nasional (PN).
Katanya, ucapan dasar Presiden Bersatu dijangka menekankan hala tuju menghadapi PRU16 selain memberi fokus kepada isu kos sara hidup, peluang pekerjaan anak muda, ekonomi, perdagangan, pelaburan, serta isu Islam dan keharmonian rakyat.
“Tema PAT tahun ini ialah ‘Bersatu Menuju Kemenangan’ yang menekankan keutuhan muafakat, kepelbagaian pandangan dan semangat kebersamaan sebagai kunci kekuatan parti,” katanya.
Selain itu, seramai 94 jemputan khas termasuk wakil kedutaan, pemimpin parti sahabat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut dijangka hadir, di samping pengesahan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
