TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Usah terburu-buru, rakyat ada 4 bulan untuk tebus SARA RM100' - Nie Ching

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 2 Sept - Kerajaan memberi jaminan bahawa penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mempunyai tempoh sehingga 31 Disember ini untuk membelanjakan sekali bayar RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad masing-masing.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menasihati penerima supaya tidak terburu-buru berbelanja sehingga perlu beratur panjang di kaunter bayaran.

"Sekiranya bimbang perlu beratur panjang, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai runcit terpilih yang berdekatan atau beli-belah secara berkala. Jangan risau kerana anda mempunyai tempoh empat bulan untuk menggunakan kredit ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi turun padang ke kedai runcit yang menyertai program MyKasih di sini, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa sistem MyKasih kini lebih stabil selepas Kementerian Kewangan (MOF) meningkatkan kapasiti sebanyak 60 peratus berikutan aduan gangguan sistem pada hari pertama dan kedua selepas bantuan dikreditkan mulai 31 Ogos lalu.

"Saya rasa kerana terlalu ramai yang cuba menebus bantuan itu serentak, menyebabkan sistem tergendala pada hari pertama dan kedua. Sekarang rakyat tidak perlu lagi risau untuk membuat pembelian menggunakan SARA,” katanya.

 

+ - reset