Berita Berita
Cemburu perniagaan punca peniaga wanita maki pengusaha pusat kecantikan

AMPANG 2 Sept. - Rasa cemburu dan masalah peribadi dipercayai mendorong seorang peniaga wanita bertindak memarahi serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pengusaha pusat kecantikan dalam kejadian di Taman Dagang, di sini pada 26 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pengadu berusia 58 tahun mendakwa suspek datang ke premisnya kira-kira jam 9.45 malam sebelum memarahi serta menjerit menggunakan kata-kata kesat.
“Tindakan suspek menyebabkan pelanggan di dalam premis berkenaan ketakutan selain menarik perhatian orang awam di sekitar lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek berusia 46 tahun di kawasan Ampang kira-kira jam 5 petang, Khamis lalu.
“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi dengan pengadu, selain rasa cemburu terhadap perniagaan masing-masing,” katanya.
Mohd Azam berkata, suspek direman empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 2, 2025, 7:50 pm
Ketua Polis Negara ziarah jenazah pengiring Agong maut kemalangan
September 2, 2025, 7:44 pm
Pengiring bermotosikal Agong maut kemalangan di Ulu Yam
September 2, 2025, 6:35 pm
Polis tahan lelaki lepaskan tembakan ke udara semasa upacara sembahyang di kuil di Bestari Jaya
September 2, 2025, 6:17 pm
Ditemui kritikal selepas hadiri demonstrasi, 3 pelajar maut dalam rusuhan di Jakarta
September 2, 2025, 5:38 pm
Polis gempur 395 premis judi haram, tahan 328 individu dalam tempoh 2 hari
September 2, 2025, 4:58 pm
'Duit isteri saya tak masuk campur' - Bung tak tahu RM2.8 juta masuk akaun Zizie Izette
September 2, 2025, 3:34 pm
6 tahun berumahtangga, isteri Faisal Halim fail cerai
September 2, 2025, 2:55 pm
JPN Pulau Pinang pertimbang cuti rehat khas untuk guru wanita dikelar suami
September 2, 2025, 2:43 pm