Berita Berita
Pengiring bermotosikal Agong maut kemalangan di Ulu Yam

HULU SELANGOR 2 Sept. - Seorang anggota polis cawangan Pengiring Istana Negara maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, pagi tadi.
Mangsa, Koperal Muhammad Faizal Ab Razak, 32, dilaporkan terbabas selepas mengelak sebatang pokok tumbang sebelum memasuki lorong bertentangan pada jam 7.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.06 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Batang Kali ke Kuala Lumpur untuk bertugas. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.
“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan punca kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ibrahim turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Khairul Salleh Abdul Rahman di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 2, 2025, 7:50 pm
Ketua Polis Negara ziarah jenazah pengiring Agong maut kemalangan
September 2, 2025, 7:37 pm
Cemburu perniagaan punca peniaga wanita maki pengusaha pusat kecantikan
September 2, 2025, 6:35 pm
Polis tahan lelaki lepaskan tembakan ke udara semasa upacara sembahyang di kuil di Bestari Jaya
September 2, 2025, 6:17 pm
Ditemui kritikal selepas hadiri demonstrasi, 3 pelajar maut dalam rusuhan di Jakarta
September 2, 2025, 5:38 pm
Polis gempur 395 premis judi haram, tahan 328 individu dalam tempoh 2 hari
September 2, 2025, 4:58 pm
'Duit isteri saya tak masuk campur' - Bung tak tahu RM2.8 juta masuk akaun Zizie Izette
September 2, 2025, 3:34 pm
6 tahun berumahtangga, isteri Faisal Halim fail cerai
September 2, 2025, 2:55 pm
JPN Pulau Pinang pertimbang cuti rehat khas untuk guru wanita dikelar suami
September 2, 2025, 2:43 pm