Berita Berita
Ditemui kritikal selepas hadiri demonstrasi, 3 pelajar maut dalam rusuhan di Jakarta

JAKARTA 2 Sept – Tiga pelajar, termasuk seorang murid sekolah menengah dan dua mahasiswa, dilaporkan maut selepas menyertai siri demonstrasi yang bertukar ganas di beberapa lokasi sekitar ibu negara Indonesia antara 25 Ogos hingga 1 September 2025.
Mangsa dikenal pasti sebagai Andika Lutfi Falah, pelajar SMK Negeri 14 Kabupaten Tangerang; Iko Juliant Junior, pelajar sebuah institusi swasta di Jakarta; dan Rheza Sendy Pratama, mahasiswa Universitas Amikom Yogyakarta.
Menurut laporan TribunNews, Andika Lutfi, 17, dilaporkan hilang selepas menghadiri demonstrasi di kawasan Gedung DPR RI pada 28 Ogos.
Dia ditemui dalam keadaan kritikal dua hari kemudian di RSAL Mintoharjo, Jakarta, dengan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat hentakan objek tumpul.
Selepas koma selama dua hari, Andika disahkan meninggal dunia pada 1 September.
Ibunya berkata, anaknya tidak membawa telefon bimbit atau kad pengenalan ketika keluar dari rumah, dan keluarga memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang, sebaliknya menyifatkan kejadian itu sebagai takdir.
Sementara itu, Rheza Sendy Pratama, 21, dilaporkan rebah ketika menyertai demonstrasi di hadapan Kepolisian Daerah Istimewa Yogyakarta (Polda DIY) pada 31 Ogos.
Jurucakap Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Dr Sardjito memaklumkan, Rheza dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas usaha resusitasi selama 30 minit gagal.
Punca kematian dikenal pasti sebagai henti jantung (cardiac arrest).
Keluarga Rheza enggan melakukan pemeriksaan lanjut dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) DIY, Nuryadi, bagaimanapun menggesa agar siasatan dijalankan secara telus dan terbuka.
Maklumat mengenai kematian seorang lagi mangsa, Iko Juliant Junior, masih belum diperincikan, namun dia turut disenaraikan antara sembilan individu yang terkorban dalam siri demonstrasi tersebut.
Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat serta pemimpin tempatan, yang mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca kematian dan tahap keselamatan ketika demonstrasi. – Agensi/Awani
Berita berkaitan
September 2, 2025, 7:50 pm
Ketua Polis Negara ziarah jenazah pengiring Agong maut kemalangan
September 2, 2025, 7:44 pm
Pengiring bermotosikal Agong maut kemalangan di Ulu Yam
September 2, 2025, 7:37 pm
Cemburu perniagaan punca peniaga wanita maki pengusaha pusat kecantikan
September 2, 2025, 6:35 pm
Polis tahan lelaki lepaskan tembakan ke udara semasa upacara sembahyang di kuil di Bestari Jaya
September 2, 2025, 5:38 pm
Polis gempur 395 premis judi haram, tahan 328 individu dalam tempoh 2 hari
September 2, 2025, 4:58 pm
'Duit isteri saya tak masuk campur' - Bung tak tahu RM2.8 juta masuk akaun Zizie Izette
September 2, 2025, 3:34 pm
6 tahun berumahtangga, isteri Faisal Halim fail cerai
September 2, 2025, 2:55 pm
JPN Pulau Pinang pertimbang cuti rehat khas untuk guru wanita dikelar suami
September 2, 2025, 2:43 pm