Berita Berita
Ketua Polis Negara ziarah jenazah pengiring Agong maut kemalangan

HULU SELANGOR 2 Sept. – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail hari ini menziarahi jenazah Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Baharu.
Allahyarham Muhammad Faizal, 32, yang juga anggota Pengiring Bermotosikal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, pagi tadi.
Dalam kunjungan itu, Mohd. Khalid menzahirkan ucapan takziah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri; Pengarah Pengurusan, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid; serta Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, Batang Kali. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata.
Terdahulu, mangsa dilaporkan terbabas selepas cuba mengelak sebatang pokok tumbang ketika dalam perjalanan dari Batang Kali ke Kuala Lumpur pada jam 7.10 pagi. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Media Telus
Berita berkaitan
September 2, 2025, 7:44 pm
Pengiring bermotosikal Agong maut kemalangan di Ulu Yam
September 2, 2025, 7:37 pm
Cemburu perniagaan punca peniaga wanita maki pengusaha pusat kecantikan
September 2, 2025, 6:35 pm
Polis tahan lelaki lepaskan tembakan ke udara semasa upacara sembahyang di kuil di Bestari Jaya
September 2, 2025, 6:17 pm
Ditemui kritikal selepas hadiri demonstrasi, 3 pelajar maut dalam rusuhan di Jakarta
September 2, 2025, 5:38 pm
Polis gempur 395 premis judi haram, tahan 328 individu dalam tempoh 2 hari
September 2, 2025, 4:58 pm
'Duit isteri saya tak masuk campur' - Bung tak tahu RM2.8 juta masuk akaun Zizie Izette
September 2, 2025, 3:34 pm
6 tahun berumahtangga, isteri Faisal Halim fail cerai
September 2, 2025, 2:55 pm
JPN Pulau Pinang pertimbang cuti rehat khas untuk guru wanita dikelar suami
September 2, 2025, 2:43 pm