Berita Dunia
Lebih 1,000 penduduk terkorban ditimbus tanah runtuh di Istanbul
ISTANBUL 2 Sept – Kejadian tanah runtuh yang melanda sebuah kampung di Pergunungan Marra, negeri Darfur Tengah, barat Sudan, pada 31 Ogos lalu meragut lebih 1,000 nyawa, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA) yang memetik kenyataan kumpulan bersenjata Pergerakan/Tentera Pembebasan Sudan (SLM/A).
Kumpulan itu mendakwa, seluruh penduduk kampung Tarsin terbunuh selepas hujan lebat mencetuskan bencana tersebut, dengan hanya seorang mangsa dilaporkan terselamat.
Selain korban jiwa, kebun sitrus yang terkenal di kampung berkenaan turut musnah. SLM/A menyeru pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu mengeluarkan mayat yang masih tertimbus di bawah runtuhan.
Dalam kenyataan berasingan, Gabenor wilayah Darfur, Minni Arko Minnawi, menyifatkan insiden itu sebagai “tragedi kemanusiaan yang melampaui sempadan wilayah” serta merayu kepada pertubuhan kemanusiaan antarabangsa untuk campur tangan segera.
“(Kami) memerlukan sokongan dan bantuan pada saat kritikal ini, kerana tragedi ini melangkaui kemampuan rakyat kami,” katanya.
Sehingga pagi Selasa, kerajaan Sudan masih belum mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai kejadian tersebut. Difahamkan, SLM/A merupakan sebuah gerakan politik dan ketenteraan yang beroperasi di beberapa kawasan Darfur Tengah, wilayah yang kini berada di bawah kawalan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
Bencana alam itu menambah keperitan penduduk Sudan yang kini berdepan peperangan antara tentera dengan RSF sejak April 2023. Konflik tersebut dilaporkan telah meragut lebih 20,000 nyawa serta menyebabkan 14 juta orang hilang tempat tinggal, menurut PBB dan pihak berkuasa tempatan.
Namun, penyelidikan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat menganggarkan jumlah korban sebenar mencecah sekitar 130,000 orang. – Bernama-Anadolu
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
