Berita Dunia
Penduduk mula bau busuk semerbak, 5 sekeluarga ditemui mati tertanam dalam lubang di rumah
INDRAMAYU 3 Sept – Penduduk Kampung Paoman, Daerah Indramayu, Jawa Barat, dikejutkan dengan penemuan mayat lima sekeluarga yang ditemui tertanam di dalam sebuah lubang di rumah mereka.
Mangsa dikenal pasti sebagai Syahroni, 70, pemilik rumah; anaknya, Budi, 40; menantunya, Euis, 37; serta dua cucu masing-masing berusia tujuh tahun dan lapan bulan.
Penemuan mengerikan itu terbongkar selepas bau busuk mula merebak dari rumah berkenaan, dipercayai berlaku tiga hingga empat hari sebelum kejadian disedari penduduk.
Seorang jiran, Ami, 35, meluahkan rasa terkejut dengan kehilangan sekeluarga itu.
“Mereka kata ini kes rompakan. Mangsa lima orang,” katanya dengan suara terketar-ketar kepada wartawan, semalam.
Penduduk turut mengaitkan kejadian mencurigakan pada Sabtu lalu apabila dua lori pikap dilihat berhenti di hadapan rumah mangsa pada waktu pagi, yang kini dipercayai menjadi detik terakhir keluarga itu dilihat hidup.
Jurucakap Polis Indramayu, AKP Tarno, mengesahkan penemuan berkenaan.
"Dalam satu lubang, lima mayat dijumpai. Kami masih menyiasat identiti penuh, tetapi dipercayai mereka sekeluarga yang tinggal di rumah itu,” jelasnya.
Kesemua jenazah telah dihantar ke Hospital Bhayangkara Losarang untuk proses bedah siasat, manakala polis giat menyiasat motif serta punca sebenar kejadian.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
