Berita Dunia
Trump minta penyokong sumbang RM64 demi ke 'syurga'
WASHINGTON 5 Sept - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri perhatian apabila menghantar e-mel kepada penyokongnya meminta sumbangan sebanyak AS$15 (RM64) dengan alasan mahu “pergi ke syurga”, lapor Metro UK.
“Saya mahu mencuba dan pergi ke syurga. Tahun lalu, saya hampir mati apabila peluru menembusi kulit saya. Kepulangan saya di White House tidak sepatutnya berlaku.
“Namun, saya percaya Tuhan telah menyelamatkan saya atas satu sebab: UNTUK MENJADIKAN AMERIKA HEBAT SEMULA,” katanya dalam e-mel tersebut.
Trump turut mengingatkan penyokongnya bahawa mereka telah melalui pelbagai cabaran bersamanya termasuk pertuduhan jenayah, pilihan raya yang didakwanya ‘dicurangi’ serta cubaan membunuh.
“Ini masa untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita TIDAK AKAN PERNAH berundur, TIDAK AKAN PERNAH walaupun seinci dan TIDAK AKAN MENYERAH dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara ini.
“Sebab itu saya telah melancarkan BLITZ PENGUMPULAN DANA TRUMP 24 JAM, dan saya meminta semua orang untuk menyumbang AS$15,” tulisnya.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan, Trump telah berjaya mengumpul sebanyak AS$1.86 juta (RM7.88 juta) hasil sumbangan tersebut.
Bulan lalu, beliau juga dilaporkan memberitahu stesen Fox and Friends bahawa dirinya ingin “mencuba untuk ke syurga” jika berpeluang. – AGENSI
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
