Berita Politik
PN yakin kembali kuasai Putrajaya pada PRU16
SHAH ALAM 6 Sept. - Perikatan Nasional (PN) optimis mampu merampas semula pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengalaman mentadbir kerajaan sebelum ini menjadi bukti kemampuan PN untuk kembali menerajui Putrajaya.
“Insya-Allah, tidak lama lagi kita akan kembali memimpin negara. Kita pernah berada di Putrajaya, pertama kali bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kedua-duanya menunjukkan bahawa Bersatu dan PN mampu memerintah dengan lebih baik berbanding kerajaan Madani hari ini,” katanya.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Sayap-Sayap Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Sabtu.
Menurut Hamzah, PRU16 bakal menjadi titik penting dalam menentukan masa depan negara, khususnya generasi muda agar tidak “menjadi pelarian di tanah air sendiri”.
“Pertarungan ini bukan semata-mata soal kuasa, sebaliknya melibatkan nasib anak-anak dan cucu-cucu kita. Itulah perjuangan sebenar PN,” tegasnya.
Justeru, beliau menyeru semua sayap parti agar bersedia dari segi tenaga, masa dan kewangan untuk memastikan kejayaan perjuangan gabungan itu. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
