Berita Dunia
DPR Indonesia umum enam keputusan penting susulan tuntutan rakyat
JAKARTA 6 Sept. – Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mengumumkan enam keputusan utama hasil mesyuarat rundingan bersama pimpinan dan ketua bahagian, sebagai respons terhadap desakan rakyat yang dikenali sebagai tuntutan 17+8.
Timbalan Speaker DPR, Sufmi Dasco Ahmad berkata, antara keputusan itu termasuklah pemberhentian elaun perumahan kepada anggota berkuat kuasa 31 Ogos serta moratorium lawatan kerja ke luar negara mulai 1 September 2025, kecuali atas jemputan rasmi kerajaan.
Selain itu, DPR juga memutuskan pengurangan elaun dan kemudahan anggota selepas penilaian semula ke atas bil elektrik, bil telefon, elaun komunikasi intensif serta pengangkutan. Anggota yang digantung keahliannya oleh parti politik turut tidak akan menerima sebarang hak kewangan.
Mesyuarat berkenaan turut menetapkan proses penggantungan anggota dilakukan melalui Mahkamah Kehormatan DPR dengan kerjasama mahkamah parti masing-masing. DPR juga berikrar memperkukuh ketelusan dan meningkatkan penyertaan awam dalam proses perundangan serta dasar.
Menurut Dasco, keputusan itu ditandatangani pimpinan DPR iaitu Puan Maharani, Sufmi Dasco Ahmad, Saan Mustopa dan Cucun Ahmad Syamsurijal.
Dalam pada itu, antara isi penting tuntutan 17+8 yang diketengahkan rakyat ialah penubuhan pasukan penyiasat bebas berhubung pelanggaran hak asasi manusia ketika demonstrasi 28 hingga 30 Ogos lalu, selain desakan agar Angkatan Tentera Indonesia (TNI) tidak lagi terbabit dalam kawalan awam.
Berdasarkan peraturan sejak tahun 2000, gaji asas bulanan anggota DPR kekal pada kadar 4.2 juta rupiah (RM1,100), manakala Speaker menerima 5.04 juta rupiah (RM1,300) dan Timbalan Speaker 4.62 juta rupiah (RM1,200).
Selain gaji, mereka turut memperoleh pelbagai elaun tetap termasuk elaun kehormatan, komunikasi intensif, pengawasan, pasangan, anak, cukai, beras, pembantu peribadi serta elaun persidangan. Bagaimanapun, elaun perumahan sebanyak 50 juta rupiah (hampir RM13,000) sebulan yang diperuntukkan bagi penggal 2024 hingga 2029 telah dihentikan mulai 31 Ogos lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
