Berita Politik
'Tak puas hati cakap dalam mesyuarat, bukan cakap di luar' - Tok Mat tegur MIC
SEREMBAN 7 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan kepimpinan MIC agar menggunakan Dewan Tertinggi BN sebagai platform rasmi untuk menyuarakan pandangan atau rasa tidak puas hati, bukannya mengeluarkan kenyataan di luar yang boleh menimbulkan salah tafsir.
Mohamad berkata, MIC seharusnya kekal dalam BN kerana parti itu bersama-sama memainkan peranan penting dalam pembangunan negara sejak sebelum merdeka.
“Kalau ada pandangan, beritahulah... jangan isi hati dipendam dalam mesyuarat tapi di luar cakap lain, tak elok macam itu. Keharmonian dalam BN boleh terjejas dengan tindakan dan kenyataan seperti itu.
“Jika ada apa-apa hasrat, kemukakan kepada platform Dewan Tertinggi BN yang selama ini menjadi forum kepada semua parti gabungan dalam BN termasuk UMNO dan MCA. Tak usahlah kita bercakap di luar, sebab kadang-kadang boleh disalah erti, maka ada baiknya pemimpin parti komponen bertemu dan berbincang menerusi Dewan Tertinggi BN,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kemerdekaan 2025 di sini, hari ini.
Mohamad yang juga Menteri Luar mengulas kenyataan beberapa pemimpin MIC yang memberi bayangan hasrat untuk meninggalkan BN.
Isu berkenaan timbul selepas pemimpin MIC mendakwa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak menunaikan janji melantik wakil parti itu ke jawatan Kabinet selepas menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Difahamkan, empat badan perhubungan negeri MIC sudah meluluskan resolusi untuk keluar daripada gabungan BN.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
