Berita Politik
Muhyiddin tak perasan berlaku kekecohan di PAT Bersatu, hanya fokus beri ucapan
SHAH ALAM 7 Sept - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau tidak mengetahui punca kekecohan yang berlaku ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, semalam.
Menurut Muhyiddin, ketika insiden itu berlaku beliau sedang memberi tumpuan penuh kepada ucapan perasmian program berkenaan.
"Saya tidak beberapa pasti. Walaupun saya berada di pentas, saya kena fokus pada ucapan saya. Saya tidak jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku. Pihak keselamatan akan mendapatkan laporan penuh mengenai perkara tersebut," katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Sebelum ini, majlis PAT Bersatu kecoh apabila berlaku insiden pergelutan dan tolak-menolak di bahagian tengah dewan ketika ucapan dasar presiden sedang berlangsung, dipercayai membabitkan perwakilan yang tidak berpuas hati.
Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan beliau tidak terganggu dengan insiden berkenaan dan menganggapnya sebagai perkara biasa dalam parti politik.
"Saya tidak terganggu dengan insiden yang berlaku dan anggap itu perkara biasa sahaja. Apa yang penting masih lagi bergerak sebagai parti politik dan kita lihat semangat secara keseluruhannya amat tinggi. Saya dimaklumkan majlis (PAT Sayap-Sayap Bersatu) pada pagi tadi berjalan dengan lancar dan esok kita akan sambung dengan perbahasan, jadi saya tak fikir hal yang berlaku ini perlu menjejaskan perhimpunan secara keseluruhannya," ujarnya.
Ditanya sama ada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap ahli yang terbabit, Muhyiddin berkata perkara itu akan dijawab selepas menerima laporan penuh daripada pegawai keselamatan.
Beliau pada masa sama menafikan wujudnya kem tertentu dalam Bersatu yang dikaitkan dengan kekecohan tersebut.
"Kem yang mana satu? Hanya ada satu kem sahaja. Tidak ada kem A, kem B atau kem C," tegasnya.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
