Berita Dunia
Kos sara hidup dan tarif AS dorong kekalahan, PM Jepun umum letak jawatan
TOKYO 7 Sept – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, mengumumkan peletakan jawatan selepas gabungan pemerintah pimpinannya, Parti Demokratik Liberal (LDP), tewas besar dalam dua pilihan raya berturut-turut.
Ishiba, 68, yang memegang jawatan sejak Oktober tahun lalu, berkata keputusan itu diambil bagi mengelakkan perpecahan dalaman parti serta memberi ruang kepada generasi baharu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan.
“Perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) telah menandakan pencapaian penting. Kini tiba masanya saya menyerahkan baton kepada pemimpin seterusnya,” katanya dengan nada sebak pada sidang media hari ini.
Menurut beliau, LDP perlu mengadakan pemilihan kepimpinan segera, manakala dirinya akan terus menjalankan tugas sehingga pengganti dipilih.
Kekalahan LDP bermula dengan kehilangan majoriti di Dewan Rendah awal tahun ini, diikuti kegagalan mempertahankan kerusi dalam pilihan raya Dewan Negara pada Julai lalu.
Situasi itu dilihat berpunca daripada kemarahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup serta kesan tarif perdagangan Amerika Syarikat yang menjejaskan industri automotif Jepun.
Peletakan jawatan Ishiba dijangka mencetuskan ketidaktentuan politik di negara ekonomi keempat terbesar dunia itu. – Reuters
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
