Berita Dunia
Prabowo umum rombakan kabinet, 5 menteri digugur susulan krisis politik
JAKARTA 8 Sept - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan rombakan Kabinet Merah Putih dengan melibatkan lima kementerian utama, lebih seminggu selepas siri demonstrasi ganas melanda negara itu.
Pengumuman tersebut dibuat Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi di Kompleks Istana, Jakarta Pusat pada Isnin.
“Keputusan ini dibuat atas pelbagai pertimbangan selepas penilaian teliti oleh Presiden. Oleh itu, beliau melakukan perubahan struktur Kabinet Merah Putih melibatkan beberapa jabatan penting,” katanya.
Antara kementerian terlibat ialah Kementerian Koordinator Bidang Politik dan Keamanan yang kini dipimpin Budi Gunawan, Kementerian Kewangan (Sri Mulyani), Kementerian Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Kementerian Koperasi (Budi Arie Setiadi) serta Kementerian Pemuda dan Olahraga (Dito Ariotedjo).
Selain itu, Prabowo turut mengumumkan penubuhan sebuah Kementerian Haji yang bakal diwujudkan susulan pendedahan skandal kuota haji baru-baru ini.
Menteri baharu bagi portfolio itu akan dilantik dalam masa terdekat.
“Pelantikan rasmi barisan menteri baharu akan diadakan di Istana Negara. Semoga keputusan ini membawa kebaikan untuk bangsa, negara dan rakyat Indonesia,” jelas Prasetyo.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
