Berita Jenayah
Polis kejar, empat lelaki termasuk remaja diberkas kes curi kabel
JOHOR BAHRU 9 Sept. – Polis menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas mengejar sebuah kereta disyaki terlibat dalam kegiatan curi kabel di kawasan Majidee, awal pagi Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu berakhir dengan penahanan suspek bersama kereta yang digunakan, selain rampasan peralatan mencuri dan beberapa kabel.
Suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan berusia 16 hingga 26 tahun dan seorang warga asing. Remaja terbabit masih bersekolah, manakala tiga lagi tidak bekerja. Semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan curi kabel, selain tiga suspek didapati positif methamphetamine.
Kesemua suspek direman empat hari sehingga 10 September untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala tiga yang positif dadah turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek warga asing pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Raub berkata, tangkapan itu sekali gus berjaya menyelesaikan enam kes curi kabel di sekitar Johor Bahru. Sebelum ini, tular rakaman video lebih dua minit menunjukkan kereta peronda polis mengejar kenderaan dinaiki suspek. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
